Saturday 22 December 2012

Selamat datang blog kami

SR Kyoz Enterprise.

   Assalamuailakum dan selama sejahtera kepada semua pengunjung blog kami. terima-kasih kerana anda semua sudi meluangkan masa untuk membaca blog kami. kami akan memperkenalkan syarikat kami dan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda semua.
Jom mengenali kami dengan lebih dekat dengan membaca blog kami.

                                                             

Pengenalan Syarikat SR Kyoz

      
          Syarikat SR Kyoz merupakan bengkel kelas mempelajari dalam bidang bakery , pastry , bistro, masakan dan jahitan. kami menyediakan perkhidmatan ini adalah untuk melatih anda menguasai ilmu ini utk perniagaan anda. Ilmu yang kami ajar kepada anda adalah membolehkan anda membuat perniagaan sendiri untuk masa depan anda yang akan datang.

       
Syarikat ini pernah menyertai dan mengadakan bengkel serta bekerjasa dengan Komuniti penduduk setempat, Puspanita beberapa agensi kerajaan dan dan pasaraya tempatan.Bengkel dan demonstrasi ini telah diadakan di Pulau Pinang, Kuching Sarawak dan sekitar Lembah Kelang.



Syarikat ini juga pernah melatih pelajar-pelajar IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara ) dan Institutu Pertanian secara praktikal dalam usaha memartabatkan nilai tambah untuk program latihan industri pelajar dan menyokong usaha kerajaan membantu bumiputra serta melaksanakan tanggungjawab sosial.



Pengasas dan Chef SR Kyoz.

Perniagaan di mulakan melalui pengasas Puan Hajjah Suraida Razak yang menggerakkan perniagaan bakeri  dan pastri dan kafe bistro ats nama perniagaan Suraida Bakery dan pasteri , masakan dan jahitan melalui kursus yang disertai tahun 1998 lagi.

       
Puan Hajjah Suraida memiliki Kemahiran yang tinggi dalam pembikinan roti, hiasan kekdan Thai Painting With Animal Pumping Design serta Butter Icing with Cake Making Design.

Beliau juga pernah menyumbang resipi untuk Majalah Salji dan muncul bersama Selebriti dalam program Aksi Murai Astro Ria. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam khidmat masakan pelbagai menu.

Dalam bidang jahitan pula beliau mempunyai kemahiran dalam membuat pakaian baju kurung, sulaman bunga  telekung solat, tudung muslimah.


Misi dan Visi Perniagaan.

  Syarikat Bumiputera muslim ini di aktifkan semula dan diberi nafas baru atas nama SR Kyoz Enterprise dengan berfokuskan perniagaan berbentuk pendidikan melalui bengkel dan latihan hand on khusus kepada usahawan muda dan berkecimpung dalam industri yang sama.

    Syarikat ini juga bersedia untuk mengorak langkah untuk maju dan memperkasakan ekonomi bumiputera Muslim dengan lebih berkesan dengan bimbingan dan sokongan semua pihak termasuk pihak berkuasa kerajaan. 



Sila kunjungi web kami.

   Anda boleh kunjungi pages kami di Facebook dan Clik LIKE http://www.facebook.com/srbiznes36.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh Follow kami di twitter.
https://twitter.com/srbiznes



Anda boleh hubungi kami.

Pengasas dan chef Suraida

Manager assistant kyai



No comments:

Post a Comment